Thursday, August 28, 2014

SELAMAT TINGGAL RUMAH SEWAKU

Selamat tinggal Pengkalan Chepa
banyak kenangan tak boleh ku lupa
rumah sebilik yang begitu rupa
ramai yang sangka aku ini papa.

kebaikanku semua serba tak kena
kata nista disini dan disana
ada ketika hatiku gundah gulana
sebak hati hingga ku terlena.

Esok diriku akan jauh pergi
pergi tak akan kembali lagi
sedikit pun tidak merasa rugi
malah bersyukur padaMu ilahi/

Friday, August 8, 2014

DIRIKU

Lihatlah wajahku
renungillah mataku
genggamlah jemariku
pasti kau akan rasa
getaran sukmaku..

Dikeheningan malam ini
semakin malam semakin sepi|
tiada burung membawa khabar
tiada angin membawa salam.

gugurnya airmataku dimalam ini
akan kuhimpunkan bersama
manik manik hujan

kupendamkan rinduku|
biar membakar dikalbu
kusembunyikan resahku
biar membakar sukmaku.



Thursday, August 7, 2014

GURINDAM PAHALA



Gandakan pahala hindari dosa
beramal kita perlu sentiasa

Banyakkan amalan dengan beribadat
pahala yang dapat tentulah sendat

Limpahan pahala ditaman syurga
ilmu dapat hati pun lega

Ganjaran pahala dimana mana
Allah memberi bahgia disana

Himpun pahala mengejar syurga
perbuatan berdosa berjaga jaga

Akhirat nanti dihisab Allah
kita untung pahala menyerlah.


Wednesday, August 6, 2014

BILA USTAZ BERLAWAK



Bila kita tidur jantung kita jalan
bila kita berlari jantung kita jalan
bila kita berhenti jantung kita jalan
bila jantung kita berhenti,kita yang jalan.

Monday, August 4, 2014

MUTIARA KATA

Senja itu meninggalkan pesan|
pada sebuah hati
berakhirnya hari ini
bukanlah pengakhiran yang abadi
tetapi menjadi titik permulaan
yang baru untuk hari esok.

Sunday, August 3, 2014

ALLAH BERFIRMAN


Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya..
supaya kamu diberi rahmat.|
(Terjemahan Al Quran  Surah Al Imran ayat 132)

Saturday, August 2, 2014

PULANG KEKOTA BHARU.

Sedih ku melepaskan dakapan  cucuku Mohammad Muaz..hanya Allah yang tahu. Entah bila lagi dapat bersua...didalam pesawat..hatiku sebak bercampur gembira....sebak kerana berpisah dengan mereka dan gembira kerana dapat berhari raya bersama...terbayang diruang mata seorang demi seorang wajah cucu cucuku yang ku tinggalkan.Selamat tinggal semua yang ku kasihi....dipanjangkan umur kita bersua lagi.


Friday, August 1, 2014

HARI TERAKHIR BERHARI RAYA DI KUALA LUMPUR.

Keesokan harinya kami masih di suite yang mewah itu...aku menyediakan sarapan buat cucu cucuku..dengan memanaskan rendang yang dibawa dari Perak rumah besanku....dan nasi impit yang ku bawa dari Singapura.
Selepas bersarapn....kami terus bersiap siap mengemaskan beg beg untuk checkout...
kemudian menuju keTaman Bukit Anggerik rumah anak lelakiku untuk berhari raya....hilang rinduku bila dapat bertemu dengan Mohammad Rayyan cucu keempatku....kelihatan Rayyan dah nak mula merangkak.Semoga Allah memberi dia kesihatan yang baik dan membesar dengan sempurna....Aamiin.
Aku berihat dibilik atas dimana merupakan bilikku selama lima tahun....bilik yang banyak memberi kenangan manis dan pahit....disaat saat aku dilamun oleh kenangan manis....aku terlena sekejap...terjaga setelah mendengar suara azan mendayu dayu yang datang dari surau dibelakang rumah anakku ini.Aku bergegas mengerjakan solat asar...sambil mencari barang keperluanku yang ingin ku bawa pulang ke Kota Bharu.
Setelah makan malam ...kami pun menuju keAirport...anak lelakiku menghantarku pulang ke Kota Bharu.