Monday, June 30, 2014

HARI PERTAMA RAMADHAN

Hari pertama dibulan Ramadhan....aku mengisi hari siangku dengan membaca Al Quran...dimulai dengan Surah Al Baqarah...
kata ustaz..pintu Neraka ditutup pada bulan Ramadhan.Pintu Syurga dibuka seluas luasnya.Syaitan diikat dan dirantai...Bagiku inilah peluang untuk umat islam mempertingkatkan amal ibadah,memperbanyakkan amalan kebaikan seperti bersedekah.membantu insan yang kurang mampu
.
Doaku disatu Ramadhan.
Ya Allah jadikan puasaku,puasa orang yang benar benar berpuasa.Dan ibadah malamku,ibadah orang yang benar benar mengerjakan ibadah.Dan jadilah aku dari tidurnya orang yang lalai.Hapuskan dosaku wahai tuhan sekelian alam..Dan ampunilah wahai tuhan Maha Pengampun daripada dosa.Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Aku berbuka bersama anak bongsuku dengan juadah yang sederhana sahaja.Alhamdulillah ku berjaya mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna...Semoga Allah menerima ibadah ku dihari pertama Ramadhan ini.....Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Sunday, June 29, 2014

DIPINTU RAMADHAN



Saat saat pintu Ramadhan ternganga luas
membuka hijab cintanya
diperkarangan yang harum mewangi kasturi
mari semua mempersiapkan diri

taburlah kuntum kuntum rabbani
mekar dikolam nurani.
dengan limpahan keberkatan
dengan pancuran kasih sayang dariNya

Saturday, June 28, 2014

DOAKU DIPENGHUJUNG SYA' BAN. 1435.

Ya Allah..
Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu
Ilmu yang bermanfaat
Rezki yang baik,
dan Amal yang diterima.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Friday, June 27, 2014

AMALAN SUNNAH YANG TIDAK KITA KETAHUI



Amalan Rasullullah s.a.w. memakan secubit garam sebelum atau selepas makan..kini dibuktikan oleh Sains bahwa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghidar perut dari menyerap racun.

Timbus anggota badan atau bahagian badan yang bengkak dengan pasir laut..selepas dua jam mandi air laut.

Goreng dua genggam garam kasar hingga kekuningan..bungkus dengan kain dan dituam dibahagian badan yang sakit.

Guna cara yang sama untuk sakit sendi ,lenguh2 badan,sakit kepala,senggugut,.Kalau demam atau sakit lelah...tuamlah ditapak kaki,

Thursday, June 26, 2014

HADIS RIWAYAT BUKHARI MUSLIM



Sesungguhnya Allah mencintai seorang hambaNya yang bertaqwa,yang merasa cukup,dan rajin beribadah secara diam diam.

Wednesday, June 25, 2014

PANTUN RINDU











Roti sebuku secawan kopi
hidang bersama titisan madu
sukma hatiku terasa sepi
semakin lama semakin rindu.

Banyak sabut diair tenang
burung garuda dipaya bakau
mulut menyebut hati terkenang
rindukan anakanda jauh dirantau.

Anak wayang hidup dijulang
berbaju ungu bagaikan ratu
puteriku sayang bila nak pulang
ibu menunggu dimuka pintu.






Tuesday, June 24, 2014

RINDUKU



Rindu mengamit
hati tersentuh
jiwa terusik
mulut menyebut
dimanakah dikau.

ketika rinduku bertamu
dukaku mengulit pilu
pilu mengulit rasa
mencengkam kalbu

rinduku sentiasa meniti
meresah dilubuk hati.

Monday, June 23, 2014

HADIS NABI


Barangsiapa yang selalu beristighfar..Maka Allah akan memberinya kelapangan bagi setiap
kesempitannya dan memberikan nya rezki dari arah yang tidak disangka sangkanya..

Sunday, June 22, 2014

Peristiwa Subuh - Raihan



Disubuh hari yang sepi aku muhasabah diri setelah semalaman aku tidak dapat lelapkan mata.Masih kuingat pesanan ustaz..hadapilah musibah itu dengan hati yang redha..anggaplah kejadian yang tidak diduga berlaku itu sebagai ujian untuk menguji tahap keimanan sesaorang terhadap Allah s.w.t.Sejauh mana kesabaran kita. dalam menghadapi ujian itu...Usah menyesal dan mengeluh..sentiasalah redha atas apa yang berlaku,Ku pujuk hatiku dan beristigfar banyak2....Ya Allah ampunilah aku!

Saturday, June 21, 2014

SAYANGKU



Pada dahan pohon melati
ku goreskan pena pena rindu
tentang damainya hati
detik detik merinduimu.

Friday, June 20, 2014

MASIH KU INGAT

Hari ini genap sebulan peristiwa yang berlaku di Parkir Pasar Raya Tesco itu...walaupun telah banyak hari berlalu...aku masih belum dapat melupakannya....selalu menganggu hati dan perasaanku...bila terkenang..airmataku berderaian...kekecewaan mencengkam seluruh lubuk hatiku...
Ya Allah jadikan aku redha atas kejadian yang berlaku itu...teringat akan kata ustaz...semua yang berlaku adalah ketentuan dari Allah..sebagai hambaNya kita kena terima dengan hati yang redha...

Thursday, June 19, 2014

DOAKU DIMALAM JUMAAT.


Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Kau jadikan mudah
sedangkan yang susah bisa Engkau jadikan mudah,apabila Engkau Menghendakinya.
Aamiin

Ya Rabbal Alamiin.

Wednesday, June 18, 2014

PERNIKAHAN ANAK SAUDARA DI JAKARTA.







KENANGAN DIMAJLIS PERNIKAHAN DAN PERKAHWINAN DIJAKARTA



Memang benar kata pepatah..jauh berjalan,luas pandangan.
Lebih kurang dua jam,aku sampai ke station Keretapi Jakarta...ku lihat begitu ramai orang di station.Kesesakan itu membuat aku bagaikan berada ditempat asing.Tetapi aku memberanikan diri,anak saudaraku menghubungi ku,menyatakan dia dan saudara yang lain telah berada dikawasan station.Lega rasa hatiku.Alhamdulillah akau dapat bertemu dengan anak saudaraku dan keluarag yang lain yang datang dari Singapura.Kami terus ketempat penginapan.petangnya menghadiri majlis katam Alquran dirumah pengantin.Berbagai bagai majlis diadakan selama beberapa malam.Aku teruja kerana dapat banyak pengalaman.Berlainan sungguh adat istiadat perkahwinan di Jakarta,jika dibandingkan dengan adat istiadat di Singapura atau Malaysia.



Tuesday, June 17, 2014

SISA SISA KEHIDUPANKU

Aku berjalan sendirian meniti lorong lorong kehidupan.
Bertemankan bayu kasih-Nya yang berhembus perlahan.
Aku mencari sinar suria  dalam meraih teduh rahmat-Nya.
Aku mencari sang pelangi iman untuk menerangi langkahku
Sebagai pertunjuk dalam melalui simpang bahgia mahupun derita.
Sungguh indah alam ciptaan-Mu  Wahai Tuhan Yang Maha Indah
Alam-Mu dihiasi dengan bunga bunga yang sentiasa segar
dihiasi gunung ganang yang sentiasa gah memaksi hamparan bumi
serta dihiasi dengan lautan yang luas terbentang.
Subhanallah
 tiada yang lebih indah melainkan keindahan-Mu Ya Allah.

Ya Allah ampunilah diriku...
hembuskan bayu ketenangan mahabbah-Mu
tetapkanlah hatiku agar terus Istiqamah dalam kebaikan.
berilah pertunjuk-Mu ketika kulalai
Lindungilah diriku ketika kuteraniaya.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Monday, June 16, 2014

DOA DIHARI LAHIR

Segala puji bagi Allah..Tuhan Seru Sekian Alam,Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarganya dan sahabat- sahabatnya.
Terima kasih Ya Allah atas usia yang kau berikan..
Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Kau kurniakan..
Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Kau turunkan.
Terima kasih juga untuk keluarga yang Kau anugerahkan.
Sesungguhnya Ya Allah...
terlalu banyak yang telah Kau berikan padaku
Tetapi terlalu sedikit pengabdianku padaMu..
Kau tetap menerima..terkadang aku alpa..aku lupa
aku silap menafsirkan
makna setiap kurniaan dan dugaan.
Namun begitu  besar KasihMu
Engkau tetap melindungiku..
walau terkadang aku merungut
disaat saat lemahku datang.
Ampunkan aku Ya Allah...
apabila aku merintih nasibku dihadapanMu.
Aku hanya hambaMu yang daif dan lemah
adakala aku kurang kesabaran
ada masanya aku goyah keimanan
ada masanya aku terikut godaan syaitan
Namun dengan limpah KasihMu
Engkau menarikku kembali jauh dari kesesatan.
Dalam usiaku begini
aku ingin lebih dekat denganMu Ya Rahman
Dalam usiaku yang semakin jauh ini
aku ingin lebih rindu padaMu Ya Rahim.
Aku ingin mengabdikan diri sekudusnya terhadapMu.
Terima kasih Ya Allah.....
atas segala takdir yang telah Kau tentukan untukku.
Jadikan aku redha dan ikhlas menerimanya.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

16HB JUN 2014

Waktu berjalan tiada henti
mengiringi rembulan dan mentari
yang terbit dan tenggelam setiap hari
hari ini..
mengiringi usiaku yang bertambah setahun lagi.