Monday, March 31, 2014

HATI KITA

Rasa yang terpendam itu
menyesakkan ruang hati
memenuhi kotak fikiran
bagai selumbar menghiris.

bicara dalam diam
hanya hati yang berbisik
kata kata dalam sepi
tak mampu diluahkan
bicara kita belum tentu sama.

menganyam mimpi
tak semudah kata kata
tak seindah angan angan
biar mimpi kita berbeza
namun hati kita tetap bersama.

Sunday, March 30, 2014

ANAK PERTAMA LELAKIKU


Ini anak lelaki pertamaku bernama Mohammad Masrin bersama isteri dan tiga orang anaknya.Mereka berpindah ke Kuching Sarawak pada hujung tahun 2012 kerana anakku diarah berkhidmat di Hospital Umum Sarawak dan isterinya diKlinik Kesihatan. Cucu sulongku memulakan alam persekolahannya di sana juga.begitu juga dengan adik adiknya.Disebelah pagi mereka kesekolah dan disebelah tengahari hingga kepetang di Taman Asuhan  kanak kanak yang terletak tidak berapa jauh dari kediaman anakku yang terletak di Herritage Garden .Taman perumahan kediaman anakku  terletak berhampiran dengan Medan Niaga Satok.Seronok sungguh membeli belah diMedan Niaga Satok itu..pelbagai jenis jualan terdapat...hasil tanaman yang dibawa dari daerah pendalaman Sarawak.Ada beberapa jenis sayuran yang tak pernah ku lihat pun ada..Semua hasil jualan sayur sayuaran dijual dengan harga yang murah...begitu juga terdapat pelbagai jenis buah buahan yang jarang ditemui.Tak puas rasanya membeli belah di Medan Niaga Satok itu..ruangan berniaganya panjang dan luas...meriah sekali..Insya Allah aku akan kesana lagi pada suatu hari nanti.
Aku pernah kekediaman anakku pada awal tahun 2013 dan awal tahun 2014.Merasa seronok dapat bersama anak anak cucuku,walaupun waktu pagi aku ditinggalkan sendirian dirumah.tapi waktu malam aku dapat bersama mereka.melayan keletah mereka sambil melihat kerja sekolah mereka.Kawasan perumahan tempat tinggal anakku aman,rumah rumahnya tersergam indah.didiami oleh pelbagai bangsa.Tidak jauh dari situ ada deretan kedai untuk kemudahan penduduk disitu.
Dihujung minggu anakku sekeluarga membawaku bersiar siar ditempat bersejarah..aku dibawa naik bot menyusuri Sg.Sarawak.seronok juga menaiki bot walaupun sebenarnya hatiku takut ..takut ternampak buaya.tapi ketakutanku tidak ku tunjukkan pada anak dan cucuku.Anakku juga membawaku menikmati makanan tradisional orang Sarawak...satu pengalaman baru bagiku.
Kali kedua aku menziarahi anak dan cucu cucuku....aku menyambut kedatangan adik bongsuku dan isterinya  dari Singapura..Tambah meriahlah rumah dua tingkat anakku itu...dengan riuh rendah ,pekikkan tiga orang cucuku.Gembira sungguh cucu cucuku bertemu dengan Tok Kamal mereka.
Anakku dan isterinya membawaku dan adikku ke Taman Negara Bako.Itu pengalaman pertamaku menaiki bot laju berserta ombak yang kuat.Ketakutanku bertambah bila dapat tahu ada buaya  disepanjang sungai itu.Tapi alhamdulillah akhirnya sampai juga keTelok Paku dimana terletaknya Taman Negara Bako.
                                       

                                      
Kami mendaki bukit yang dipenuhi dengan hutan dan terdapat gua gua kecil yang menakutkan.tambah ketakutan bila aku terbaca papan tanda yang tertulis "Beware of Wild Animals".Seronok dan seram bercampur baur dibenakku..tapi terpaksa ku hadapi pengalaman pertamaku  ini dengan hati yang tabah.Tidak banyak binatang yang ditemui...hanya beberapa orang pelancong dari luar negeri.  bersama kami mendaki.
Itulah pengalaman pertamaku pergi ke Taman Negara yang terletak jauh diTelok Paku.Pengalaman yang akan menjadi kenangan selamanya.

Saturday, March 29, 2014

BERKATA USTAZ

Tidak ada beban yang berat
jka Allah mengkhendaki
beban berat akan menjadi ringan.

Tidak ada penderitaan
jika Allah mengkhendaki
menjadi kebahgiaan.

Friday, March 28, 2014

PANTUN ISLAM

Hujan lebat di Rumah Melaka
banyak dikali ikan darat
pintu taubat masih terbuka
sebelum mentari terbit barat


Banyak jahitan didalam almari
dijahit cermat penuh teliti
amal perbuatan bekalan diri
menjadi penyelamat akhirat nanti.


Menyulam sendiri cantik menyerlah
jarum disemat siawan larat
sayangkan diri sayangkan Allah
hidup selamat dunia akhirat.

Tegak berdiri pohon belimbing
tepi jambatan banyak rama rama
anak dan isteri perlu dibimbing
ikut tuntutan khendak agama.

Thursday, March 27, 2014

HAIKU TERPILIH 2013

Awal Muharam
majlis ilmu dimasjid
jejak pencipta.


Hijriah tiba
tazkirah solat subuh
pasang telinga

Wednesday, March 26, 2014

BERKATA USTAZ

Selalu ada harapan
bagi mereka yang berdoa
selalu ada jalan
bagi mereka yang berusaha
selalu ada yang terbaik
bagi mereka yang bertawakal.

Tuesday, March 25, 2014

PANTUN KASIH MERINDU

Kerongsang indah berbaju baldu
dipakai selalu gadis cina
hatiku sudah dilamun rindu
makan tak lalu tidur tak lena.

DiTeluk Jati melambung pukat
buluh perindu tidak berdahan
buah hati marilah dekat
adik merindu tidak tertahan.

Malam temaram sejuknya belantara
badan menggigil ditikam dingin
rindu karam hatiku lara
bagai kerdil dipukul angin.

Monday, March 24, 2014

SENJA INI

Senja ini...
membawa awan pilu

bayu menderu menyapa lesu
bagai ada yang membuku

disebalik suram senja
ada jiwa yang merindu.

kasih...
terlalu indah kenangan bersamamu.

Sunday, March 23, 2014

Saturday, March 22, 2014

Friday, March 21, 2014

MUTIARA HIKMAH

Disaat merasa hidup tak bahgia...
ketahuilah...
ada sesaorang merasa bahgia
kerana ada kamu.

Thursday, March 20, 2014

HADIS RIWAYAT BUKHARI MUSLIM.

Didalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah s.w.t.

Wednesday, March 19, 2014

Tuesday, March 18, 2014

LEPASKAN

Melepaskan hari hari berlalu
dengan perasaan redha..
lepaskan segala
bebas menuju arah.
tidak kumahu menghitung
selangit bintang
biarkan semua bertaburan.

Monday, March 17, 2014

SOLAT TAHAJUD

Dan bangunlah pada sebahgian dari waktu malam
serta kerjakan solat tahajjud sebagai sembahyang tambahan
semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu
pada hari akhirat ditempat yang terpuji.

(Surah Al-Isra ayat 79)

Sunday, March 16, 2014

LALAI

Buah dari kelalaian adalah penyesalan
sesal dulu pendapatan
sesal kemudian tiada berguna...

Saturday, March 15, 2014

SENTIASA

 Kasih sayang itu
 tiada jarak sempadan..
walaupun tiada disisi
namun sentiasa dihati.
walau jauh dari pandangan
tetap saling mendoakan.
.

Friday, March 14, 2014

RUANG

Ada kalanya sepi menjadi begitu indah
kerana disaat itu
kita ada ruang untuk mengingati
dan merindui.

Thursday, March 13, 2014

KAU YANG MERUBAH SEGALANYA -fauziah latif

CERITAKU CERITAMU..

Ceritaku
sebenarnya berbeda
kita terpisah disudut jauh..
hanya menyapa dikala cinta
hanya menyapa dikala rindu.

ceritaku
ku tulis
sepenuh jiwa
pada sebuah puisi
luahan hati
tentang cinta
tentang rindu.
.
ceritamu
ku tulis sepenuh hati
pada sebaris kata
lahir dari sukma
bicara sayang
bicara kalbu
bicara kasih.

Wednesday, March 12, 2014

RINDU

Rindu itu terkadang menyakitkan
penuh dengan persoalan
namun rindu bagiku
terlalu indah...
mencambah kasih dan sayang..
seharum wangian rindu
dihati ini menantimu...

Tuesday, March 11, 2014

KATA IMAM MUDA

Antara pintu yang paling luas dalam islam
adalah pintu taubat.
Ia sentiasa terbuka..
masuklah melaluinya..

Monday, March 10, 2014

PERJALANAN

Hidup ini bagai satu perjalanan..
setiap hari semakin dekat
dengan akhir perjalanan ini.

Sunday, March 9, 2014

BERKATA USTAZ

Kebahgiaan ataupun kesedihan
adalah nikmat Allah yang wajib disyukuri.

Saturday, March 8, 2014

MUTIARA KATA

Perubahan hidup bermula
dari perubahan diri
perubahan diri bermula
 dari perubahan hati

Friday, March 7, 2014

Thursday, March 6, 2014

PASTI

Dalam kesabaran
pasti ada kekuatan..
dalam setiap keredhaan
disitu ada kedamaian.

Wednesday, March 5, 2014

FIRMAN ALLAH

Sesungguhnya selepas kesulitan itu
pasti ada kemudahan.|

(surah Al-Insyirah ayat 1-8)

Tuesday, March 4, 2014

MUTIARA KATA


Hiduplah seperti pohon yang berbuah lebat.
yang hidup ditepi jalan..
ada ketika dibaling orang dengan batu...tetapi
dibalas dengan buah yang manis.

Sunday, March 2, 2014

MUTIARA KATA

Hiasilah dirimu dengan keindahan
maka engkau akan melihat semuanya indah.

Saturday, March 1, 2014

MOTIVASI

Hendaklah engkau tersenyum
jika engkau inginkan orang lain tersenyum kepadamu.