Thursday, October 27, 2011

CUCU SULONGKU

Cucu sulongku bernama Muhammad Fawwaz,dilahirkan pada 23hb April 2005 di Hospital Sultanah Fatimah Muar Johor.Ditahun dia dilahirkan ,aku tinggal di Taman Temiang Muar.Diwaktu mama dia bekerja,akulah yang menjaganya.Awal pagi setiap hari mama atau papa dia menghantar Fawwaz kerumahku yang tidak berapa jauh dari Pangsapuri kediaman mereka yang terletak di Jalan Salleh.Diwaktu kecil Fawwaz,memang senang dijaga.aku menjaganya dengan penuh kasih sayang.Suka sangat tengok pipinya yang tembam.Semoga besar nanti,Fawwaz akan menjadi anak yang berjaya,soleh dan hormat pada orang tua....Aamiin.

Wednesday, October 26, 2011

CUCU KEDUAKU

Namanya Liz Damia Fazwina,berkulit putih kuning dan ada tanda kelahiran diwajahnya.Liz dilahirkan di Hospital Sulltanah Fatimah Muar.Semasa kecil,dia dijaga dan diasuh oleh pembantu dari Madura Indonesia. Liz suka makan nasi ,menyebabkan badan nya montel semasa kecil.

Tuesday, October 25, 2011

CUCU KETIGAKU

Cucu ketigaku bernama Muhammad Muaz.Dia dilahirkan di Hospital Manjung Perak.Nenek dan Datuknya sebelah mama nya tinggal di Manjung,Perak.Oleh itu sewaktu mama nya keluar bertugas,Muaz dijaga oleh neneknya,dan dibantu oleh pembantu dari Indonesia .